Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tujuh murid tadika cedera teruk di bahagian muka, bas terbabas dalam parit.

Tujuh murid tadika cedera teruk di bahagian muka, bas terbabas dalam parit.


 
 
 


KUALA SELANGOR: Lawatan sekumpulan murid tadika ke sebuah zoo di daerah ini bertukar detik menakutkan apabila tujuh daripada mereka cedera selepas bas dinaiki terbabas ke parit di Jalan Kelab Golf, Bukit Rotan di sini, hari ini.


Kemalangan pada pukul 10.15 pagi itu melibatkan 44 penumpang termasuk murid berusia lima dan enam tahun serta guru tadika tersebut.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian, bas dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai datang dari Putrajaya menghala ke sebuah zoo di Kampung Teluk Penyamun.


“Setibanya di lokasi, sebuah lori dari arah bertentangan dikatakan memasuki laluan bas tersebut.


“Ia menyebabkan pemandu bas segera menekan brek untuk mengelak lalu terbabas memasuki parit di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi petang tadi.


Jelas beliau, tujuh murid tadika itu mengalami kecederaan di muka manakala pemandunya selamat.


“Semua mangsa cedera akibat tersembam ke kerusi hadapan penumpang bas tersebut. Mereka kemudian dihantar ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.


Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN ONLINE

Post a Comment for "Tujuh murid tadika cedera teruk di bahagian muka, bas terbabas dalam parit."