Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Semua itu akan dihisab, Arwh yg tanggung”- Siti Kaslm Perli PU Riz, Sekali Ini Respon Padu Neelofa

“Semua itu akan dihisab, Arwh yg tanggung”- Siti Kaslm Perli PU Riz, Sekali Ini Respon Padu Neelofa



PEMERGIAN penyanyi Adibah Noor pada malam Sabtu mengejutkan dunia hiburan terutamanya rakan-rakan artis dan peminat.


Ramai yang memuat naik foto Allahyarham bagi mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraannya.


Bagaimanapun, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz menegur netizen agar tidak berkongsi foto penyanyi itu ketika tidak menutup aurat semasa hidupnya.



“Saya mohon kepada semua yang mengenali arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat. Cukup sekadar sedekah Al-fatihah.


Cukup sekadar sedekah Al-fatihah. PU RIZ PENDAKWAH


“Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu. Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa sekian. Salam,” tulisnya di Instagram.


Dalam pada itu, Haris turut memuat naik sebuah dalil sebagai rujukan untuk kita tidak berkongsi sesuatu yang bersifat mungkar.


“Barangsiapa yang mengerjakan dalam Islam Sunnah yang baik maka a mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengkutinya tapa mengurangi pahala orang yang mengikutinya sedikitpun.


“Dan barangsiapa yang mengerjakan dalam Islam Sunnah yang jelek maka a mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya tapa mengurangi dosa orang yang mengikuti mereka sedikitpun.” (HR. Muslim no. 1017),” demikian perkongsiannya.



Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan kanser ovari tahap empat.


Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai pada pagi, Ahad.


PU Riz Tegur Pasal Arwah Adibah Noor


Berhubung pemergian penyanyi Adibah Noor pada Sabtu lalu, pendakwah bebas Haris Ismail ada menegur orang ramai supaya tidak berkongsi foto Allahyarham yang tidak menutup aurat.


Bagaimanapun, terdapat individu yang kurang senang dengan teguran diberikan suami kepada selebriti popular Neelofa itu termasuk peguam dan aktivis Siti Kassim.


Menerusi satu ciapan di laman Twitter, dia berkongsi tangkap layar laporan mengenai teguran Haris itu sebelum meminta pendakwah tersebut menjaga tepi kain sendiri dan tidak mengulas tentang isu berkenaan.


“Siapa dia (Haris) ni? Dia patut jaga hal sendiri dan diam! Dia ingat dia dah ada tempat di syurga?,” tulisnya yang dikenali sebagai seorang lantang bersuara di media sosial.

Sebelum itu, Siti atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim mengakui terkesan dengan kehilangan Allahyarham yang disifatkan seorang berbakat besar meskipun tidak mengenali secara peribadi.



Moga arwah tenang di sana…


Ciapannya yang menempelak Haris menarik perhatian warganet dimana terdapat individu tidak bersetuju dengan kata-katanya, malah ada juga segelintir meninggalkan sindiran bahawa pendakwah itu tidak layak memberikan nasihat.


Isu nasihat PU Riz ditempelak Siti Kassim, Neelofa pertahan suami


Pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa memberitahu dirinya tetap mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz apabila disindir oleh seorang peguam dan aktivitis, Siti Kassim.


Ia berhubung dengan satu nasihat yang disuarakan oleh PU Riz berhubung satu nasihat untuk tidak menyiarkan aurat wanita Islam yang telah meninggal dunia dalam media sosial.


Menurut laporan Kosmo, Neelofa mengatakan teguran suaminya berhubung hal tersebut adalah tidak salah kerana ia adalah perkara yang baik.


Neelofa berkata, Siti Kassim tiada hak untuk membidas sesuatu perkara yang baik terutamanya berhubung soal aurat seseorang wanita beragama Islam yang sudah meninggal dunia.


“Saya tak anggap teguran oleh suami sebagai satu kesalahan. Kenapa dia (Siti Kasim) nak bidas perkara yang baik?



“Bukanlah lebih elok jika kita berkongsi gambar yang menutup aurat untuk mengucap takziah kepada seseorang Muslimah yang sudah meninggal dunia.


“Saya rasa tidak logik apabila orang suruh buat baik, tapi dibidas,” luah Neelofa.


Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor  ini berkata, sikap saling berpesan sesama manusia mengenai perkara baik secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban seseorang yang sudah tiada di dunia ini.


“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu panjangkan perkara ini.


“Haris hanya meminta kalau boleh, kongsilah gambar arwah yang menutup auratnya.”ulasnya mengenai isu berkenaan.


Pun begiti, selebriti berusia 33 tahun ini mengatakan nasihat yang dikatakan oleh suaminya itu bukanlah berbentuk paksaan.


“Semua itu akan dihisab nanti, arwah yang akan menanggung. Sekurang-kurangnya, inilah yang boleh kita lakukan untuk menghormati arwah,” ujar pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini.


Terdahulu, Siti Kasim membidas kenyataan PU Riz supaya tidak masuk campur urusan orang lain apabila lelaki berusia 27 tahun itu menasihati orang ramai tidak berkongsi gambar Allahyarham Adibah Noor yang mendedahkan aurat.


Tidak cukup dengan itu, Siti Kassim turut mempersoalkan kedudukan ‘syurga’ suami Neelofa itu  sehingga melayakkan lelaki itu memberikan nasihat sedemikian kepada ramai.


Sumber: Kosmo

Post a Comment for "“Semua itu akan dihisab, Arwh yg tanggung”- Siti Kaslm Perli PU Riz, Sekali Ini Respon Padu Neelofa"