Pukul 11 Malam Tadi, Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai, Jasad 3 Beranak Ditemui Berpelukan
Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai, Jasad 3 Beranak Ditemui Berpelukan
Tiga beranak yang dikhuatiri lemas pada petang semalam apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang wanita dikenali sebagai Mashitoh Ibrahim, 37
dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil dimaklumkan telahpun ditemui sekitar jam 11 malam.
Proton Persona dan tiga beranak terjunam dalam sungai
Difahamkan, selain pemandu, dua orang lagi penumpang adalah kanak-kanak yang juga anak kepada Mashitoh dikenali sebagai Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Mohd Ziyad Haziq Sharudin, 5.
Menerusi Harian Metro semalam, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat menyatakan yang pemandu terbabit merupakan seorang guru agama di sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, Kuala Ketil.
“Insiden membabitkan kereta disyaki terbabas dan terjatuh ke dalam sungai dan bot penyelamat dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya
yang sedang cuba mengesan mangsa di dalam sungai.
“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa,”
Proses menaikkan kenderaan bermula dari jam 11 malam
Selepas beberapa jam proses mencari dan menyelamat dijalankan, akhirnya jasad ketiga-tiga mangsa telah ditemui dalam keadaan seakan sedang berpelukan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Syufaat Kamaron memaklumkan yang operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh pasukan
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya dan Baling sejurus menerima panggilan, jam 6.42 petang.
Sekitar jam 11 malam tadi, bomba berjaya mengesan lokasi kedudukan kereta Proton Persona berkenaan di dasar sungai berkenaan.
“Anggota kami melakukan penandaan di lokasi yang dikenal pasti dan selepas itu, anggota penyelam dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melakukan selaman mengesahkan kenderaan itu di lokasi kejadian.
“Proses untuk menaikkan kenderaan itu dilakukan bermula 11.30 malam sehingga 3.30 pagi tadi dan kereta itu berjaya dibawa naik di atas jambatan.
“Ketiga-tiga beranak itu ditemukan tidak tersepit di bahagian belakang kereta itu dan seakan berada dalam keadaan berpelukan sebelum berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Difahamkan, jasad tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.
Berhati-Hati Di Jalan Raya, Ingat Orang Yang Tersayang
SEBELUM MEMANDU
Pastikan kenderaan anda di servis terlebih dahulu semula memulakan perjalanan dan berada dalam keadaan yang baik. periksa tekanan angin tayar.
Pemandu harus berada dalam keadaan segar tidak mengantuk. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
Pakai pakaian yang kasual dan selesa. Elakkan memakai selipar kerana ia boleh tersangkut pada pedal brek dan pemecut.
Wajib memakai tali pinggang keselamatan. Pastikan penumpang di bahagian belakang turut memakai tali pinggang keselamatan.
Persedian untuk situasi kecemasan, bawa lampu suluh, pemutar skru dan spanar dan sebagainya.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment for "Pukul 11 Malam Tadi, Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai, Jasad 3 Beranak Ditemui Berpelukan"