Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kejadian Semalam Di KL, Polis KL Serbu Pesta Seks, 144 Lelaki Gay Ditahan

Polis KL Serbu Pesta Seks, 144 Lelaki Gay Ditahan


facebook sharing button

Seramai 144 orang lelaki gay ketika serbuan ke atas sebuah pusat kecergasan Atlantis Jaya di KL, di sini semalam.


Memetik laporan Media Maklumat, kesemua lelaki-lelaki yang ditahan dalam serbuan itu dipercayai sedang berhibur dalam acara yang dikenali sebagai ‘The Wild One’ yang merupakan acara tahunan pusat kecergasan berkenaan yang telah pun tiga tahun beroperasi di situ.


Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut menemui ratusan kondom, bukti bahawa aktiviti hubungan intim turut berlaku di premis terbabit.


Difahamkan, pihak polis juga terpaksa mengambil masa selama dua minggu untuk melakukan penyiasatan sebelum membuat serbuan kerana pihak premis mengenakan syarat yang ketat iaitu seseorang itu perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki premis tersebut.


Ketika serbuan dilakukan, kesemua lelaki berkenaan didapati tidak berpakaian dan kelihatan panik apabila diserbu serta ada diantara mereka cuba untuk melarikan diri, walau bagaimanapun cubaan mereka itu gagal apabila semua kawasan itu telah pun dikepung oleh polis.


Pihak polis turut menyita premis berkenaan selain merampas beberapa bahan bukti lain seperti tiket, rakaman CCTV dan lain-lain lagi.


Kesemua lelaki yang ditahan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan juga bagi membantu siasatan yang dijalankan.


Sumber: Media Maklumat

Post a Comment for "Kejadian Semalam Di KL, Polis KL Serbu Pesta Seks, 144 Lelaki Gay Ditahan"