Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ramai Silap Percaya Hijab Kewajiban Dari al-Quran – Siti Kasim

Ramai Silap Percaya Hijab Kewajiban Dari al-Quran – Siti Kasim


“Ramai yang silap percaya bahawa Hijab, atau ‘Islamic headscarf’ adalah kewajiban dari Al-Qur’an,” ujar Siti Kasim, peguam, di dalam sebuah hantaran di laman Facebook.


“Padahal, ianya TIDAK. Kita boleh carinya dalam Bible…”


“…Tapi pastinya bukan dalam Quran,” tambahnya lagi.


Dalam hantarannya yang bertajuk Islamic headscarf: a traditional misconception, Siti Kasim berkongsikan sebuah artikel dari laman blog Lamp of Islam berkenaan isu pemakaian tudung.


Kenyataan peguam tersebut juga mendapat sambutan dalam kalangan sesetengah pengguna di mana seorang pengguna, menyatakan:


“Awak betul, ianya kewajiban agama Kristian, bukan Islam,” ujar Tan Ah Keow, pengguna di laman Facebook.


“Betul…Saya tak tahan bau apabila terserempak dengan salah seorang dalam cuaca panas,” komen Jackie Lee pula.


Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan, penutupan aurat adalah kewajiban berdasarkan petikan dari Surah an-Nur, 24:31, di mana petikan ayat tersebut berbunyi:


“Dan hendaklah mereka (wanita Muslimah) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;”

Post a Comment for "Ramai Silap Percaya Hijab Kewajiban Dari al-Quran – Siti Kasim"