Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Klau Itu anak aku kena balik dia..”- Mas Idayu Tengklng Peserta Kanak2 Undang Reaksi Netizen

“Klau Itu anak aku kena balik dia..”- Mas Idayu Tengklng Peserta Kanak2 Undang Reaksi Netizen



Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan di laman Tlk tok benar benar mengejutkan semua apabila peserta dari rancangan Ceria Popstar Xtra menangis akibat ditengking oleh juri yang dikenali ramai iaitu Mas Idayu.


Sedutan dari iklan yang ditayangkan di televisyen itu membuatkan ramai memberi reaksi kepada juri tersebut agar tidak keterlaluan dalam memberikan komen kepada peserta yang hanya kanak kanak dalam rancangan tersebut.


Video ada dibawah sekali..


Melalui klip yang diberikan, tengkingan Mas Idayu memuncak apabila beliau menyatakan bahawa peserta tersebut tidak mendapat arahan yang betul kerana pentas bagi rancangan tersebut merupakan pentas nyanyian dan bukan pentas tarian.


Beliau memberikan komen dengan nada yang begitu tinggi dan menyebabkan kanak kanak tersebut mengalirkan air mata dalam rancangan tersebut.


Pelbagai reaksi diberikan dan ramai yang menegur bahawa tindakan Mas Idayu dalam mendidik peserta dalam memberikan komen tersebut melampauai batas kerana beliau memberikan komen yang begitu keras dan kasar kepada kanak kanak tersebut.


Diharapkan isu tersebut dapar diselesaikan dengan baik dan tiada pertelingkahan berlaku sepanjang rancangan tersebut dijalankan.


Antara Komen Netizen: 

Kalau itu anak akau kena balik diaa amboii..


 

Sumber : sinetronmalaya


“Tarikh semua sudah ada, cuma saya akan kongsi selepas raya, InsyaAllah.” Demikian kata penyanyi Mas Idayu ketika diminta mengulas mengenai persiapan terkini majlis kahwinnya bersama penerbit eksekutif TV3, Sufian Isa.


Menurut Mas Idayu yang mesra disapa Mummy, dia dan bakal suami akan saling bertemu keluarga dan tidak menyangka jodohnya bersama lelaki dalam Iingkungan seni.


“Semuanya akan dikongsikan selepas pertemuan di antara keluarga kedua belah pihak. Sebelum ini dia sudah pun bertemu dengan kakak saya. Cuma susulan seterusnya ialah berjumpa dengan kedua orang tua.



“Kami pun sudah bekerjasama sudah lama, tiada istilah berkenalan. Lebih 10 tahun lalu ketika saya bersama Black dalam program Mentor. Kami berkawan.


“Cuma tidak sangka pusing-pusing, perancangan Allah SWT,” katanya kepada MH.


Terdahulu, Mas Idayu tidak menafikan mereka mulai rapat sejak beberapa bulan lalu.


Sementara itu menerusi Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Selangit ini memuat naik foto yang dirakam secara ‘selfie’ berdua buat tatapan peminat.


“Jawapan dari doa-doaku. Thank you sayang,” tulisnya ringkas.


Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang turut menitipkan ucapan yang baik-baik buat pasangan itu.


Rata-ratanya mendoakan agar urusan menuju hari bahagia mereka dipermudahkan. Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Cintaku 100% pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.


Lihat video ini:

Sumber : MH

Post a Comment for "“Klau Itu anak aku kena balik dia..”- Mas Idayu Tengklng Peserta Kanak2 Undang Reaksi Netizen"